Friday, November 23

PENGENALAN

PETA KONSEP BAB PENGATURCARAAN

Apa yang anda faham tentang 'Pengaturcaraan'?
Apa itu 'Bahasa Pengaturcaraan'?
Apakah kepentingan pengaturcaraan?

Bagi menjawab segala persoalan anda, teruskan membaca blog ini.

Bab pengaturcaraan ini terbahagi kepada 3 bahagian :

PROGRAM DAN PENGATURCARAAN


PROGRAM DAN PENGATURCARAAN

PROGRAM

Apa yang anda faham tentang program komputer?
Adakah sama seperti program televisyen?

  • Program komputer merupakan satu siri arahan-arahan terancang yang mengarahkan satu komputer membuat persembahan tugas-tugas.
  • Tanpa program, sesebuah komputer itu tidak berguna.
  • Sebuah program umpama seperti satu resipi. Ia mengandungi satu senarai pembolehubah-pembolehubah (dipanggil bahan-bahan) & satu senarai kenyataan (dipanggil arahan) yang memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan.
  • Sama seperti satu resepi, sebuah program boleh ditulis dalam pengaturcaraan yang berbeza bahasanya, boleh menyatakan langkah-langkah yang berbeza menurut sintaksis bahasa pengaturcaraan, tetapi menyampaikan hasil tujuan yang serupa.
PENGATURCARAAN

Pengaturcaraan adalah 1 set arahan yang mengarahkan sebuah komputer dalam melaksanakan satu tugas.

ATURCARA KOMPUTER

Aturcara komputer adalah set arahan yang ditulis oleh pengaturcara supaya komputer dapat melaksanakan tugas.

BAHASA PENGATURCARA

  • Bahasa pengaturcara ialah satu set perkataan, simbol-simbol dan kod-kod yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan komputer-komputer.
  • Fungsi bahasa pengaturcaraan adalah untuk membenarkan manusia berkomunikasi dengan komputer.
contoh bahasa pengaturcaraan